Isnin, 27 Julai 2020

CATATAN (40) - JADI PENULIS BLOG DAN FB

 

Saya berkarya sebagai wartawan akhbar berakhir pada awal tahun 2000. Walaupun begitu, jiwa saya tetap kepada bidang penulisan / wartawan dan mula berjinak-jinak dengan penulisan di media maya / internet. Saya sering mengikuti dan menulis melalui tulisan dalam furom ' Ayuhak Bapandiran ' yang dikelolakan oleh Persatuan Banjar Malaysia (PBM).

Kebetulan pada tahun-tahun berikutnya  wujud beberapa penulisan blog di media oleh beberapa orang  penulis blog tanahair. Saya berminat dengan penulisan di blog tersebut. Dengan beberapa ' percubaan ' secara belajar sendiri, akhirnya saya dapat menulis blog sendiri dengan memaparkan beberapa berita yang dipetik dalam akhbar maya, seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, Malaysia Kini dan sebagainya.

Blog yang saya wujudkan diberi nama AR RISALAH dan DIALOG RAKYAT pada awal tahun 2008 . Kedua-dua blog tersebut beberapa kali saya ubahsuai dari segi gaya persembahan dan muka paparannya.Akhirnya, setelah beberapa banyak perubahan dilakukan maka lahirlah blog seperti yang boleh ditatap ramai pembaca pada hari ini.

Blog AR RISALAH ( https://arrisalah-elbi.blogspot.com/ ) menyiarkan berita-berita politik tanahair dan blog DIALOG RAKYAT (https://dialograkyat.blogspot.com/ ) pula menyiarkan berita pelbagai yang telah dilabelkan kategorinya seperti pertanian, pentadbiran, rasuah dan sebagainya.

Sehingga hari ini ( 28/ 07/ 2020 ) blog AR RISALAH mempunyai pembaca tetap seramai 101 orang dengan jumlah hampir lima juta pembacanya ( 4,805,752 orang ) manakala DIALOG RAKYAT pula mempunyai pembaca tetap seramai 174 orang dengan jumlah pembacanya hampir lima juta juga iaitu  ( 4,805,757 orang ).

Setelah kira-kira 12 tahun berlalu, saya merasa hasrat  untuk terus menulis sebagai wartawan telahpun berjaya sepenuhnya !. Melalui kedua-duanya, merupakan ' kesinambungan ' tugasan saya pada masa lalu kepada masyarakat untuk menikmati berita-berita semasa dan berita politik negara, sesuai dengan perkembangan semasa yang penuh dengan pelbagai alat komunikasi canggih waktu ini....

Rupanya, menjadi wartawan di media maya juga ada cabarannya seperti menjadi wartawan akhbar biasa yang pernah saya alami !.

Dalam tahun 2018 ( saya lupa tarikhnya ! ) , ibu pejabat polis di Subang Jaya telah meminta saya datang untuk siasatan satu berita dalam blog AR RISALAH yang ' kononnya ' telah menyiarkan berita mengandungi fitnah ke atas anggota polis !. Melalui perbualan telefon, saya diberitahu supaya datang berjumpa seorang inspektor di ibu pejabat polis , Subang Jaya untuk siasatan ( namanya lupa ! ) pada tarikh ditentukan tanpa tolak ansur.

Pada tarikh dinyatakan, saya datang ke ibu pejabat polis Subang Jaya bersama anak lelaki yang menjadi pemandu kereta - kerana saya tidak biasa dengan lokasi balai polis dinyatakan . Saya sampai awal kira-kira 30 minit dari masa ditentukan, supaya dapat bersedia ketika soal jawab dilakukan....

Tepat jam 10 pagi seperti diminta hadhir, saya bersama anak masuk ke pejabat dan memberitahu di kaunter tujuan datang dan ingin berjumpa dengan pegawai dimaksudkan. Saya telah diberitahu, pegawai penyiasat tersebut belum tiba dan diminta menunggu.....

Lebih 30 minit menunggu, pegawai penyiasat dimaksudkan tidak juga tiba !. Saya lantas membuat panggilan telefon peribadinya menyatakan saya telah sampai di pejabat....

Jawapan dari pegawai penyiasat menyatakan, beliau tidak dapat datang ke pejabat kerana tercedera jatuh dirumahnya dan perlu membuat rawatan di hospital hari itu juga !. Beliau memberitahu saya, tarikh siasatan telah dipinda dan akan memberitahu saya pada masa akan datang....

Sebelum beredar, saya sempat berbual seketika dengan pegawai di kaunter dan diberitahu bahawa pada hari sebelumnya turut ada pihak lain disiasat mengenai kes yang sama - mungkin wartawan pihak akhbar yang menyiarkan berita awal . Beliau juga memberitahu siasatan seumpamanya adalah ' pekara biasa ' dan tidak perlu dirisaukan....

Selepas tarikh tersebut , saya tetap ' tertunggu-tunggu ' bila pula tarikh baru saya akan dipanggil semula  Hingga berbulan-bulan lamanya !. Tunggu punya tunggu.....hingga tahun 2020, saya masih tidak dihubungi pegawai penyiasat berkenaan dan saya juga ' malas ' menghubungi beliau !. Saya beranggapan kes tersebut ' sudah selesai '.....

Perlu juga dinyatakan di sini, saya memuatkan berita-berita dalam kedua-dua blog tetap mengikuti ' undang-undang kewartawan ' yang penah saya pelajari. Tidak ada berita yang tidak sahih atau bertujuan menyakitkan / fitnah kepada sesiapa. Manakala berita-berita dimuatkan juga tetap mencatat nama akhbar/ media sebagai rujukan pembacanya.

Sekarang, sebagai meluaskan lagi penyiarankan berita dalam dua buah blog tersebut, saya turut menyiarkannya dalam halaman ' Face book / FB ' sesuai dengan minat pembaca kini yang lebih gemar membaca FB sahaja berbanding berita asal. Selain itu, mereka juga turut boleh memberikan ' komen ' kepada berita yang tersiar. FB yang saya maksudkan boleh dilayari dalam FB ELBI RISALAH ( https://www.facebook.com/elbi.elbirisalah ).TAMAT.


 (*) Catatan berjodol AKU SEORANG GURU DAN WARTAWAN saya tamatkan di sini, kerana telah selesai apa yang berkaitan untuk dipaparkan.


Salam sayang dari saya:

AB.JALIL BIN EMBUT ( ELBI RISALAH ) - Dicatat pada 28/07/2020 ( Selasa )




Tiada ulasan:

Catat Ulasan