Sepanjang bertugas sebagai guru besar di beberapa buah sekolah
agama, saya sentiasa menggalakkan dan memberi kebebasan kepada
guru-guru mencari idea baru dalam tugasan cara pengajaran dan melaksanankannya di
kalangan murid-murid.
Hasil sikap terbuka dan galakan diberikan, guru-guru saya telah
memberikan kerjasama erat dan melaksanakan dengan cermerlang. Sebagai
contoh , ramai guru mengambil daya usaha sendiri dalam cara pengajaran hariannya dan tidak terikat kepada arahan semata-mata. Umpamanya mengambil daya usaha melakukannya di luar
bilik darjah sedia ada, seperti di ruang kantin sekolah atau masjid
berhampiran. Walaupun ketika itu cara pengajaran dan pembelajaran kebiasaan semua
sekolah agama tertumpu di dalam bilik darjah semata-mata.
Saya menyedari, semua murid di sekolah agama datang ke sekolah belajar pada
waktu petang dalam keadaan tubuh dan fikiran letih lesu , selepas belajar seharian di sekolah
kebangsaan pada sebelah pagi. Ini terbokti ada murid tahap satu ( darjah
satu, dua dan tiga ) mereka ' tertidur ' dalam kelas pada waktu guru sedang mengajar
!.
Selain itu , sememangnya di sekolah agama tidak mementingkan aktiviti ko kurikum
seperti sekolah kebangsaan. Sekiranya ada dilakukan , itu hanyalah atas daya usaha pihak
guru sendiri dan sekolah berkenaan sahaja. Mungkin juga disebabkan ' suasana ' yang
berbeza, ramai murid-murid belajar di sekolah agama dari kalangan murid yang ' aktif ' dianggap sebagai murid yang ' nakal ' kepada
rakan-rakan semasa di dalam kelasnya atau kurang menumpukan kepada pelajaran.
Di beberapa buah sekolah agama di mana saya bertugas sebagai guru besar,
sering saya mencadangkan kepada guru-guru supaya ' mengubah cara ' pengajaran
kepada murid-murid , berbanding cara pengajaran yang diterima oleh guru-guru
tersebut semasa bersekolah dahulu .
Saya teringat semasa bertugas di Sekolah Rendah Agama Sungai Limau
dahulu umpamanya. Di sekolah itu saya menggalakkan guru-guru menulis cogan kata atau ' kata-kata hikmat
' yang mengandungi ' motivasi ' kepada murid-murid supaya belajar dengan
gigih hingga mendapat kejayaan. Kerana selain dari nasihat dan galakan secara
lisan, diharapkan tulisan yang dilekatkan dalam bilik darjah itu menjadi ' bahan
ingatan ' kepada murid apabila mereka menatapnya......
Di dalam bilik rehat guru, saya turut melekatkan ' kata-kata hikmat
' untuk dihayati oleh guru-guru. Salah satu kata-kata yang saya tulis berbunyi :
Kegembiraan seorang guru apabila seorang pemimpin memberitahu orang
ramai : Inilah guru saya ! ".
Walaupun masa berlalu begitu lama dan sekarang saya telah bersara dari jawatan, apa
yang saya tulis dahulu memang ' terasa kebenarannya ' ....Pada masa ini ' kegembiraan ' saya sebagai guru benar-benar menjadi kenyataan ,
apabila mendapat tahu ramai bekas murid saya dahulu sudah berjaya menjadi
' manusia berguna ' sebagai pendidik/ guru , pensyarah , kakitangan kerajaan, ahli perniagaan, doktor dan
mengetuai NGO kemasyarakatan di tempat kediaman masing-masing sekarang ini.
Sebahagian mereka memang sedia saya ketahui, kerana pernah berjumpa
dan mereka sendiri memberitahu pekerjaaannya. Namun ada juga di kalangan mereka
saya tidak ketahui lebih awal, kecuali apabila mendapat maklumat dari ' peristiwa ' yang tidak
diduga......
Sebagai contoh, suatu ketika salah seorang anak perempuan saya bersalin di
Hospital Teluk Intan. Kebetulan doktor sakil puan yang bertugas di situ
bertanya sama ada dia anak saya, selepas beliau melihat catatan tempat tinggal dan '
binti ' anak saya tersebut . Doktor itu telah dibertitahu sangkaannya memang benar !.
Pada waktu melawat , saya ditelah dipertemukan dengan '
murid ' yang bertugas sebagai doktor di situ. Pada mulanya saya tidak mengenali
beliau , kecuali
setelah beliau sendiri memberitahu pernah belajar di Sekolah Rendah Agama
Simpang Lima, Sungai Besar semasa saya bertugas sebagai guru biasa dahulu.
Peristiwa lain ialah semasa seorang kontraktor datang berjumpa saya
kerana hendak membuat binaan tandas murid di Sekolah Rendah Agama Ehyaul Falah
(2) di mana saya sebagai guru besar di sekolah itu. Apabila beliau mengenalkan diri dan menyatakan pernah belajar dengan saya
dahulu , barulah saya mengetahui siapa beliau sebenarnya.....
Pada masa mesyuarat agung tahunan Masjid An Nur Sungai Haji Dorani
di kampung saya waktu diadakan beberapa tahun dahulu , seorang pegawai dari
Pejabat Agama Islam Sungai Besar datang merasmikan mesyuarat tersebut. Saya
tidak mengenali siapa beliau sebenarnya. Kecuali apabila dalam ucapannya
beliau menyatakan saya adalah guru beliau di Sekolah Rendah Agama Sungai Limau
dahulu dan beliau baru bertukar ke sini dari daerah lain.
Menjelang beberapa hari sebelum Hari Raya 1440 Hijriah pula, saya
dihubungi melalui whatsapp oeh seorang ' murid tua ' dari Sekolah Rendah Agama
Harmoni, Sekinchan. Beliau datang ziarah ke rumah kemudiannya bersama seorang
anak lelaki yang berusia 15 tahun !.
Dalam pertemuan itu saya dimaklumkan beliau bekerja di salah sebuah
Mahkamah Syariah di Selangor. Katanya, semasa beliau bersekolah agama dahulu saya turut
mengajar beliau dan bertugas sebagai guru besar di situ.
Apa yang amat ' menggembirakan ' saya bukan kerana beliau turut memberikan ' hadiah ' sejumlah wang tunai untuk Hari Raya kepada saya , tetapi kesungguhan menemui saya dan memberi penghargaan sebagai gurunya, selepas berpisah lebih 20 tahun !.......
Apa yang amat ' menggembirakan ' saya bukan kerana beliau turut memberikan ' hadiah ' sejumlah wang tunai untuk Hari Raya kepada saya , tetapi kesungguhan menemui saya dan memberi penghargaan sebagai gurunya, selepas berpisah lebih 20 tahun !.......
Apabila saya kenangkan semula tugas sebagai guru dan kejayaan
murid-murid masa lalu, saya amat gembira sekali dan berpuas hati atas tugasan selama kira-kira 30 tahun sebelum bersara. Walaupun bekas murid saya tidak ada
yang menjadi menteri atau perdana menteri ......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan