CATATAN (40) - JADI PENULIS BLOG DAN FB
Saya
berkarya sebagai wartawan akhbar berakhir pada awal tahun 2000. Walaupun
begitu, jiwa saya tetap kepada bidang penulisan / wartawan dan mula berjinak-jinak
dengan penulisan di media maya / internet. Saya sering mengikuti dan menulis
melalui tulisan dalam furom ' Ayuhak Bapandiran ' yang dikelolakan oleh
Persatuan Banjar Malaysia (PBM).
Kebetulan
pada tahun-tahun berikutnya wujud beberapa penulisan blog di media oleh
beberapa orang penulis blog tanahair. Saya berminat dengan penulisan di
blog tersebut. Dengan beberapa ' percubaan ' secara belajar sendiri, akhirnya
saya dapat menulis blog sendiri dengan memaparkan beberapa berita yang dipetik
dalam akhbar maya, seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, Malaysia Kini dan
sebagainya.
Blog yang
saya wujudkan diberi nama AR RISALAH dan DIALOG RAKYAT pada awal tahun 2008 .
Kedua-dua blog tersebut beberapa kali saya ubahsuai dari segi gaya persembahan dan
muka paparannya.Akhirnya, setelah beberapa banyak perubahan dilakukan maka
lahirlah blog seperti yang boleh ditatap ramai pembaca pada hari ini.
Blog AR
RISALAH ( https://arrisalah-elbi.blogspot.com/ )
menyiarkan berita-berita politik tanahair dan blog DIALOG RAKYAT (https://dialograkyat.blogspot.com/ ) pula
menyiarkan berita pelbagai yang telah dilabelkan kategorinya seperti pertanian,
pentadbiran, rasuah dan sebagainya.
Sehingga
hari ini ( 28/ 07/ 2020 ) blog AR RISALAH mempunyai pembaca tetap
seramai 101 orang dengan jumlah hampir lima juta pembacanya ( 4,805,752 orang )
manakala DIALOG RAKYAT pula mempunyai pembaca tetap seramai 174
orang dengan jumlah pembacanya hampir lima juta juga iaitu ( 4,805,757
orang ).
Setelah
kira-kira 12 tahun berlalu, saya merasa hasrat untuk terus menulis
sebagai wartawan telahpun berjaya sepenuhnya !. Melalui kedua-duanya, merupakan
' kesinambungan ' tugasan saya pada masa lalu kepada masyarakat untuk menikmati
berita-berita semasa dan berita politik negara, sesuai dengan perkembangan
semasa yang penuh dengan pelbagai alat komunikasi canggih waktu ini....
Rupanya,
menjadi wartawan di media maya juga ada cabarannya seperti menjadi wartawan
akhbar biasa yang pernah saya alami !.
Dalam tahun 2018 ( saya lupa tarikhnya ! ) , ibu pejabat polis di Subang Jaya telah meminta saya datang untuk siasatan satu berita dalam blog AR RISALAH yang ' kononnya ' telah menyiarkan berita mengandungi fitnah ke atas anggota polis !. Melalui perbualan telefon, saya diberitahu supaya datang berjumpa seorang inspektor di ibu pejabat polis , Subang Jaya untuk siasatan ( namanya lupa ! ) pada tarikh ditentukan tanpa tolak ansur.
Pada
tarikh dinyatakan, saya datang ke ibu pejabat polis Subang Jaya bersama anak
lelaki yang menjadi pemandu kereta - kerana saya tidak biasa dengan lokasi
balai polis dinyatakan . Saya sampai awal kira-kira 30 minit dari masa
ditentukan, supaya dapat bersedia ketika soal jawab dilakukan....
Tepat jam
10 pagi seperti diminta hadhir, saya bersama anak masuk ke pejabat dan
memberitahu di kaunter tujuan datang dan ingin berjumpa dengan pegawai
dimaksudkan. Saya telah diberitahu, pegawai penyiasat tersebut belum tiba dan
diminta menunggu.....
Lebih 30
minit menunggu, pegawai penyiasat dimaksudkan tidak juga tiba !. Saya lantas
membuat panggilan telefon peribadinya menyatakan saya telah sampai di
pejabat....
Jawapan
dari pegawai penyiasat menyatakan, beliau tidak dapat datang ke pejabat kerana
tercedera jatuh dirumahnya dan perlu membuat rawatan di hospital hari itu juga
!. Beliau memberitahu saya, tarikh siasatan telah dipinda dan akan memberitahu
saya pada masa akan datang....
Sebelum
beredar, saya sempat berbual seketika dengan pegawai di kaunter dan diberitahu
bahawa pada hari sebelumnya turut ada pihak lain disiasat mengenai kes yang
sama - mungkin wartawan pihak akhbar yang menyiarkan berita awal . Beliau juga
memberitahu siasatan seumpamanya adalah ' pekara biasa ' dan tidak perlu
dirisaukan....
Selepas
tarikh tersebut , saya tetap ' tertunggu-tunggu ' bila pula tarikh baru saya
akan dipanggil semula Hingga berbulan-bulan lamanya !. Tunggu punya
tunggu.....hingga tahun 2020, saya masih tidak dihubungi pegawai penyiasat
berkenaan dan saya juga ' malas ' menghubungi beliau !. Saya beranggapan kes
tersebut ' sudah selesai '.....
Perlu juga
dinyatakan di sini, saya memuatkan berita-berita dalam kedua-dua blog tetap
mengikuti ' undang-undang kewartawan ' yang penah saya pelajari. Tidak ada
berita yang tidak sahih atau bertujuan menyakitkan / fitnah kepada sesiapa.
Manakala berita-berita dimuatkan juga tetap mencatat nama akhbar/ media sebagai
rujukan pembacanya.
Sekarang, sebagai meluaskan lagi penyiarankan berita dalam dua buah blog tersebut, saya turut menyiarkannya dalam halaman ' Face book / FB ' sesuai dengan minat pembaca kini yang lebih gemar membaca FB sahaja berbanding berita asal. Selain itu, mereka juga turut boleh memberikan ' komen ' kepada berita yang tersiar. FB yang saya maksudkan boleh dilayari dalam FB ELBI RISALAH ( https://www.facebook.com/elbi.elbirisalah ).TAMAT.
(*) Catatan berjodol AKU SEORANG GURU DAN WARTAWAN saya tamatkan di sini, kerana telah selesai apa yang berkaitan untuk dipaparkan.
Salam sayang dari saya:
AB.JALIL BIN EMBUT ( ELBI RISALAH ) - Dicatat pada 28/07/2020 ( Selasa )