Dalam
tahun 70an , guru-guru agama yang bertugas di Sekolah Rendah Agama (SRA) atau
Sekolah Menengah Agama (SMA) daerah Sabak Bernam, kebanyakan usia mereka waktu
itu sekitar 30an dan awal 40an sahaja. Tidak ramai yang berusia sekitar 50an.
Di
samping itu, bilangan guru agama wanita atau lebih dikenali sebagai ' ustazah '
juga amat kurang bilangannya berbanding dengan bilangan guru lelaki. Tidak
seperti masa sekarang, di mana guru agama wanita lebih ramai dari guru agama
lelaki betugas dalam sebuah sekolah !.
Saya
pada waktu itu baru berusia awal 20an...... Dan memang ramai rakan-rakan guru
agama tidak terlatih dalam usia seperti saya. Mereka masih muda belia dan
bertenaga serta terlibat dalam bidang bersukan . Di antara mereka ramai terlibat
menjadi pemain bola sepak, sepak takraw dan badminton mewakili pasukan tempat
mereka tinggal dan ada juga yang menjadi pemain di peringkat daerah Sabak
Bernam !.
Oleh
kerana ramai bilangan guru agama lelaki dalam usia muda belia serta terlibat dalam
sukan, maka dakam tahun 70an ( saya lupa tahun sebenar ) atas cadangan Majlis
Guru Besar daerah Sabak Bernam telah dianjurkan perlawanan boleh sepak
peringkat daerah Sabak Bernam . Selain itu, diadakan juga perlawanan sepak
takraw dan badminton perseorangan dan beregu.
Oleh
kerana perlawanan diadakan di peringkat-peringkat zon lebih dahulu, maka amat '
bersemangat ' ketua-ketua zon dilantik untuk memilih dan melatih para
pemainnya. Untuk membentuk pasukan pemain peringkat zon mereka tidaklah
sukar, kerana setiap zon memang ramai pemain-pemain terdiri dari golongan guru
muda dan berkebolehan !.
Saya
mendapat tahu, Dewan Tun Razak di pekan Sabak dan Dewan Seri Bernam di Sungai
Besar adalah gelanggang latihan digunakan oleh pasukan bandminton berlatih tiap
malam !. Di antara beberapa orang ' jaguh ' badminton guru agama yang dikenali
seperti Ustaz Hasan Basri bin Othman , Ustaz Masri bin Abd.Karim ( guru besar
Sekolah Rendah Agama Sungai Haji Dorani - tempat saya bertugas ) dan lainnya
telah terpilih mewakili zon masing-masing. Manakala bagi latihan pasukan
bola sepak dan sepak takraw pula mereka gunakan padang sekolah agama yang
bersesuaian di zon masing-masing.
Dalam pemilihan mewakili pasukan peringkat zon lebih separuh pemainnya adalahh terdiri dari kalangan guru agama tidak terlatih seperti saya, terutama bagi pasukan bola sepak . Namun, saya tidak termasuk dalam mana-mana pasukan mewakili zon, kerana saya memang tidak berminat dan tiada kebolehan dengan permaian sukan seperti bola sepak, badminton dan sepak takraw.
Ini adalah disebabkan saya ' takut ' dengan bidang sukan, berikutan peristiwa semasa saya bersekolah rendah dahulu pernah ' pengsan ' kena tendangan bola sepak di mana saya belatih menjadi penjaga gol bagi pasukan Sekolah Melayu ( sekarang Sekolah Kebangsaan ) Parit Sembilan, Sungai Besar !. Sejak peristiwa itu, saya terus ' kecut ' perut dan berhenti meminati bidang sukan .....
Pada
tahun 70an saya memang sudah mula menulis di akhbar Utusan Melayu sebagai
penulis ' sukarela " ( tanpa menerima apa-apa bayaran ). Oleh kerana itu,
pada masa latihan zon diadakan saya cuma jadi ' pemerhati ' ..... Saya hanya '
terlibat ' pada masa perlawanan akhir peringkat daerah Sabak Bernam sahaja
untuk membuat siaran akhbar Utusan Melayu.
Dalam
perlawanan sepak takraw dan badminton peringkat zon serta daerah saya tidak
terlibat menyaksikan kesemua perlawanannya, tetapi saya hanya mengambil
keputasan perlawanan sahaja . Tindakan begini diambil kerana saya bercadang
hanya membuat siaran akhbar bergambar bagi perlawanan bola sepak sahaja . Saya
beranggapan pihak akhbar pasti akan menyiarkannya kerana mempunyai ' nilai
berita ' dan agak luar biasa guru agama ( ustaz ) main bola pada waktu itu !.
Sangkaan saya ternyata tepat. Kerana keputusan perlawanan bola sepak dan perlawanan lainnya telah disiarkan oleh akhbar Utusan Melayu bersama gambar pasukan bola sepak guru agama yang menjadi johan peringkat daerah Sabak Bernam, beberapa hari berikutnya !.
Saya dibeitahu oleh rakan-rakan guru , akhbar Utusan Melayu yang menyiarkan berita dan gambar johan pasukan bola sepak guru agama daerah Sabak Bernam ' amat laris ' pada hari siaran tersebut !. Kerana ramai kalangan guru lain ingin melihat ' wajah ' johan pasukan bola sepak di akhbar pula ....
Sebagai ' wartawan ' yang menghantar berita tersebut, saya juga turut gembira kerana hasil tulisan saya sudah ' dinilai ' oleh pihak akhbar ! ( Malangnya keratan akhbar tersebut rosak dalam simpanan dan telah dibuang , semasa saya berpindah ke rumah sendiri pada awal tahun 2000 dahulu..... )